comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ADUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

 

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong meninggal dunia pagi tadi.

Pemergian ADUN DAP itu dimaklumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Facebook miliknya, sebentar tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula dalam kenyataan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga.

ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong

Katanya, Kee Hiong telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013.

“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong, serta seluruh sahabat dan anggota di dalam Parti Tindakan Demokratik yang kehilangan tokoh berpengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Loading...
Terkini