KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak Datuk Talib Zulpilip meningal dunia di sebuah pusat perubatan di sini petang tadi.
Kematian bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri itu disahkan sumber daripada Pejabat Premier Sarawak namum belum ada kenyataan rasmi berhubung perkara itu setakat ini.
Datuk Talib menjadi ADUN Jepak selama enam penggal menghembuskan nafas terakhinya dua hari selepas sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-72.
Terdahulu, pengurus Pusat Khidmat ADUN Jepak, Shamsudin Abdul Razak memberitahu, ADUN Jepak itu meningal dunia di salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuching.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6 petang.
Jenazah akan dibawa ke Kompleks Pusara Islam Samariang untuk disembahyangkan dan dikebumikan pada jam 9 malam ini.