Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ADUN Belantik meninggal dunia

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi, di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Pesuruhajaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahya dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan berita kematian Allahyarham.

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

“Semoga Allah menerima segala amal jihad Almarhum dan dikumpulkan bersama para solihin. Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya.

Allahyarham Datuk Mohd Isa sebelum ini dimasukkan ke HSAH pada awal Mei, selepas kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Keadaan kesihatan beliau yang lemah menyebabkan doktor membuat keputusan untuk menidurkan beliau.

Allahyarham menjadi ADUN Belantik selama tiga penggal dan sebelum ini menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi serta jantung.

Loading...
Terkini