comscore
Tumpuan :
Nasional

Adinda Sultan Mizan meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Adinda Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Norhana Almarhum Sultan Mahmud 59 tahun meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Mohd Sophian Abu Bakar, Tengku Norhana menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.52 pagi.

Jenazah Tengku Norhana diterbangkan ke Terengganu dengan sebuah pesawat khas dan ditempatkan di Balai Islam bagi memudahkan keluarga dan saudara mara memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah kemudian dibawa ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah untuk dimakamkan selepas disolatkan.

Majlis tahlil akan diadakan tiga malam berturut-turut bermula malam ini di Istana Syarqiyyah.

Menurut kenyataan itu, Sultan Mizan mengampuni perkenan tempoh berkabung selama tiga hari mulai hari ini.

Loading...
Terkini