comscore
Tumpuan :
Nasional

Adik maut, abang cedera, kereta dinaiki rempuh tiang elektrik

BALING: Seorang pelajar lelaki maut manakala abangnya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh tiang elektrik di Jalan Sungai Petani-Baling di Kampung Bukit Terabak, Kupang, di sini, hari ini.

Mangsa Muhammad Shakir Noor Ruslan, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, dalam kejadian 1.20 pagi itu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling Deputi Supt. Charan Ai Wan, nahas berlaku ketika mangsa dan abangnya, Muhamad Shazwan, 21, dalam perjalanan dari arah Mahang, Kulim menghala ke rumah mereka di Sungai Limau.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati Muhamad Shazwan yang memandu kereta Proton Iswara hilang kawalan ke laluan bertentangan lalu merempuh tiang elektrik berkenaan.

“Pemandu kereta cedera ringan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.

“Penumpang kereta (adik pemandu) yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini