comscore
Tumpuan :
Nasional

Adik maut, abang cedera dirempuh kereta

Oleh: Fazli Ahmad

KUALA LIPIS: Seorang remaja  maut manakala abangnya cedera selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta  di Kilometer 30, Jalan Lipis – Sungai Koyan dekat Kampung Sungai Ular, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata,  penunggang motosikal yang maut dikenali sebagai Norsarizad Nordin,19 dari Rancangan Penempatan Semula (RPS) Perkampungan Orang Asli Betau, di Kampung Chekai, Lipis.

Menurutnya, nahas berlaku kira-kira jam 8.30 malam tadi, ketika Norsarizad bersama abangnya Norzarisal, 20,  dalam perjalanan arah Kuala Lipis ke Sungai Koyan.

Siasatan awal mendapati motosikal mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah depan.

“Akibat rempuhan itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian, pemboncengnya tercedera dan pemandu kereta tidak  mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azli berkata, siasatan mendapati penunggang motosikal terbabit tiada lesen memandu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

Mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini