comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ada yang menyamar ejen, menjual rumah PR1MA

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan mengenai kewujudan individu menyamar sebagai ejen untuk menjual rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mendedahkan kes penjualan itu berlaku di PR1MA Simpang Empat, Alor Setar yang mana mana individu itu menggunakan logo, kepala surat serta surat tawaran daripada bank sebagai modus operandinya.

Foto: Ihsan PR1MA

Seorang ahli parlimen dari Perikatan Nasional (PN) memberitahu Dewan Rakyat wujudnya ejen tertentu menyamar untuk menjual rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mendedahkan, kes penjualan ini berlaku di PR1MA Simpang Empat, Alor Setar di mana ejen itu menggunakan logo, kepala surat serta surat tawaran daripada bank sebagai modus operandinya.

“Dimaklumkan ada hampir 100 orang pembeli tertipu dan telah membayar belasan ribu ringgit setiap seorang. “Adakah kementerian sedar perkara ini berlaku dan apa tindakan mengatasi kes ini?,” katanya ketika bertanyakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam jawapannya kemudian menyifatkan penyamaran ejen itu merupakan satu perbuatan jenayah.

Malah katanya, terdapat juga pihak yang mengelirukan perkara seperti itu melalui pengiklanan di Facebook.

“Saya sendiri pun ada terlihat. Perkara ini sekiranya berlaku, memang perlu dikemukakan kepada pihak polis. Sebab itu telah jatuh ke masalah jenayah,” katanya.

Akmal Nasrullah turut menasihatkan kepada pembeli yang berminat untuk membeli rumah PR1MA menyemak melalui laman sesawangnya.

“Jangan percaya kepada ‘third party link’ yang diletakkan di Facebook, Twitter dan sebagainya. “Atau boleh datang ke rumah contoh PR1MA untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dan bercakap dengan pihak PRIMA sendiri,” katanya.

Loading...
Terkini