comscore
Tumpuan :
Nasional

ABPBH 36: Senario perkukuh legasi Artis Komedi Popular

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Mencipta kejayaan manis dalam karier hampir tiga dekad, kumpulan Senario diumum Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (BH) Ke-36.

Senario yang dianggotai Azlee, Saiful Apek, Yassin, Mazlan Pet Pet dan Wahid, menghampakan Bintang Paling Popular dan Artis Komedi Popular ABPBH 35, iaitu Bell Ngasri serta tiga finalis lain iaitu Jep Sepahtu, Joey Daud dan Sabri Yunus.

Kali terakhir Senario yang diasaskan pada 1996 membawa pulang trofi ABPBH adalah pada 2001, melalui kategori Artis Duo/ Berkumpulan Popular.

Senario pernah memenangi kategori Penghibur TV Popular sebanyak dua kali, iaitu pada 1998 dan 2000.

Kemenangan Senario bagai dijangka melihatkan gelombang dicetus dalam media sosial sejak pencalonan ABPBH 36 dibuka, apatah lagi mereka aktif mementaskan konsert siri jelajah di seluruh pelusuk negara.

Biarpun sudah hampir 30 tahun bertapak dalam dunia seni, Senario yang ditubuhkan hasil gabungan tujuh finalis program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995, membuktikan mereka masih berbisa dan diminati ramai.

Sebelum ini, Senario pernah dianggotai Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang dan Allahyarham Hamdan sebelum disertai Saiful Apek dan Yassin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini