Tumpuan :
Nasional

Abdul Taib sertai rakyat semarakkan sambutan Maulidur Rasul

Abdul Taib serta isteri bersama Abang Johari hadir pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak. – Foto: NSTP

KUCHING : Kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud  pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1445H/2023M, hari ini menarik perhatian kerana buat pertama kalinya beliau muncul di khalayak ramai selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di luar negara.

Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib tiba jam 8.30 pagi di Padang Merdeka dan kemudian disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Perhimpunan yang berlangsung dalam hujan renyai-renyai disertai seramai 10,991 peserta daripada 248 kontinjen agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sekolah.

Abang Johari dalam ucapannya berkata, pentadbiran kerajaan Sarawak menjadikan perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh untuk membawa kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Beliau berkata, ketokohan Rasulullah yang penuh integriti dan berwawasan mendorong kepada pentadbiran kerajaan yang baik.

“Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan keadilan ditegakkan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama demi membangunkan negeri dalam keadaan aman dan makmur,” katanya.

Menurutnya lagi, pentadbiran kerajaan yang didasari Piagam Madinah memainkan peranan penting untuk mengendalikan masyarakat Islam dan orang bukan Islam di negeri ini.

“Amalan toleransi agama diperlihatkan secara terang lagi nyata ketika Rasulullah SAW bersetuju menandatangani perjanjian dengan rahib di biara St Catherine di kaki Bukit Sinai pada 627M.

“Malah, perjanjian tersebut tercatat dalam sejarah dunia sebagai satu dokumen perjanjian yang mencerminkan kemuliaan sifat baginda dalam hubungan antara agama,” katanya.\

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini