KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi.
“Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenarkan ‘discaj’ hari ini. Terima kasih semua yang mendoakan. Teruskan berdoa semoga TGHH terus diberikan kesihatan yang baik. Aamiin.”
Perkara itu dikongsi oleh Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dua jam lalu.
Turut dimuat naik gambar beberapa pemimpin PAS ketika menziarahi Presiden PAS itu.
Terdahulu media melaporkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berada di hospital setelah kesihatannya merosot sejak Aidiladha baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya, pagi semalam.
Susulan itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin negara telah menitipkan doa agar kesihatan beliau kembali pulih dan semua urusannya sepanjang menjalani rawatan, dipermudahkan.