Tumpuan :
Nasional

Abang Johari solat sunat Aidiladha bersama 5,000 jemaah

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama lebih lima ribu jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Petrajaya, pagi tadi.

Tan Sri Abang Johari tiba jam 7.50 pagi diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha serta Mufti Negeri Sarawak Datuk Kipli Yassin.

Solat sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi .

Beliau turut menyampaikan khutbah  bertajuk” Iman terpelihara Ummah Sejahtera”.

Abang Johari seterusnya menghadiri Majlis Korban Perdana di Dewan Hikmah yang terletak kurang 300 meter dari masjid Jamek.

Tiga ekor lembu ditumbangkan untuk diagihkan kepada 207 asnaf sekitar Kuching.

Loading...
Terkini