comscore
Tumpuan :
Nasional

Ab Rauf Yusoh angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

 

Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka petang ini

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

AYER KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 hari ini.

Majlis angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama, (TYT) pada jam 3.33 petang tadi.

Ab Rauf turut menandatangani SuratCara Pelantikan dan Angkat Sumpah Sawatan sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Hakim Mahkamah Tinggi, Anselm Charles Fernandes.

Hadir sama pada istiadat itu, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga ADUN Lendu, dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Sulaiman, Ab Rauf adalah Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri.

Sebelum ini, beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menggantikan Datuk Wira Omar Jaafar setelah Barisan Nasional, (BN) berjaya mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dari Pakatan Harapan, (PH), yang diketuai Adly Zahari.

Datuk Seri Ab Rauf menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi, (MT) UMNO dan juga Pengerusi UMNO Melaka.

Beliau buat pertama kali bertanding di DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke 15.

Ab Rauf, 62, sebelum ini disebut-sebut sebagai bakal Ketua Menteri Melaka Ke-13, selepas Datuk Seri Sulaiman meletakkan jawatan yang disandangnya sejak tiga tahun lalu.

Peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman, disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila menerima surat itu Selasa lalu.

Loading...
Terkini