comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] A-SEANSAT-PG1 satelit pertama buatan Malaysia dilancarkan

 

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR:  A-SEANSAT-PG1 (PG1) menjadi satelit pertama buatan Malaysia yang dilancarkan ke orbit, petang tadi.

Satelit PG1 dilancarkan ke orbit dari Kosmodrom Vostochny, pada jam 7:36 malam waktu tempatan.

Satelit seberat 12 kilogram itu dibawa menggunakan Roket Soyuz-2 dan berjaya dipisahkan pada jam 7:44 petang.

Dijangkakan isyarat telimetrinya akan diterima dalam tempoh 12 hingga 24 jam sebelum mula beroperasi dan sekaligus menjadi satelit ke-11 yang dilancarkan oleh Malaysia.

Pelancaran itu disiarkan secara langsung di empat lokasi iaitu di Ibu pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan pejabat GreenPro Capital di Kuala Lumpur; dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC)
di Kuching, Sarawak.

PG1 dianggar mempunyai jangka hayat sepanjang empat ke lima tahun untuk berada di angkasa.

Dengan pelancaran satelit PG1, ANGKASA-X akan memanfaatkan pengetahuan teknologinya untuk menerajui sebagai sebahagian daripada tawaran Satelit-sebagai-Perkhidmatan (SaaS) inovatifnya, untuk mencipta buruj Orbit Bumi Rendah ( LEO) di sepanjang khatulistiwa.

Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA-X Dr. Sean Seah, berkata satelit LEO itu akan bekerjasama untuk mencapai inisiatif berwawasan syarikat dengan menyediakan perkhidmatan penderiaan jauh mampu milik.

Jelasnya seramai 20 jurutera terlibat dalam proses Penyelidian dan Pembangunan (R&D)  yang mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.

“Usaha ini juga akan merevolusikan perkhidmatan sambungan internet kepada berjuta-juta di rantau ini, khususnya di kawasan luar bandar di Asia, merapatkan jurang digital.

“Ia akan mengeluarkan data yang sangat dituntut untuk kerajaan, agensi keselamatan dan sektor swasta mengenai ramalan cuaca, pengesanan pesawat, pengawasan dan keselamatan maritim serta pengimejan masa nyata di lokasi yang terdedah kepada potensi bahaya seperti tanah runtuh, penebangan hutan dan bencana alam yang lain,”katanya.

Jelasnya lagi, imej daripada satelit akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko dan membantu dalam bantuan bencana.

“Kami komited untuk menyampaikan rangkuman sosial dengan menawarkan satelit kami yang inovatif dari segi teknologi. -a-Service atau SaaS, ke negara-negara di Asia Tenggara, terutamanya kepada lebih 50 peratus penduduk kawasan terpencil yang pada masa ini tidak mendapat sebarang cara akses internet.

“Misi kami akhirnya adalah untuk membawa perkhidmatan satelit mampu milik kepada semua, terutamanya kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan khatulistiwa,”katanya.

Hadir sama ke majlis pelancaran berkenaan  Ketua Pengarah MYSA, Azlimakil Napiah.

Loading...
Terkini