JOHOR BAHRU: Seramai 99 warga asing dan seorang penjaga premis ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan berasingan sekitar Iskandar Puteri dan Tangkak, sejak dua hari lalu.
Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, 20 warga asing dan seorang penjaga premis lelaki tempatan ditahan di Iskandar Puteri, hasil pemeriksaan ke atas 34 individu di empat premis.
Manakala, 78 warga asing ditangkap di Tangkak, hasil pemeriksaan terhadap 295 individu di empat premis.
Kesemua suspek yang berumur 19 hingga 53 tahun ditahan kerana tinggal lebih masa, tidak memiliki permit sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Sementara penjaga premis turut ditahan kerana melindungi warga asing.
Lapan notis hadir ke pejabat juga dikeluarkan kepada individu terlibat bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c), dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.