comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 99 kawasan di Lembah Klang, Kuala Selangor alami gangguan bekalan air Isnin depan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor menyebabkan 99 kawasan di Lembah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bermula jam 9:00 pagi pada Isnin depan.

Kerja-kerja pembaikan terbabit  dijangka akan selesai jam 3:00 pagi, keesokan harinya.

Foto Hiasan

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam pada Rabu,

“Kerja-kerja pembaikan kecemasan ini melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar,” menurut kenyataan itu.

Oleh yang demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

“Namun begitu, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan”, katanya.

Air Selangor turut menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Loading...
Terkini