
KUALA LUMPUR: Sebanyak 99.9 peratus atau 1,485,031 penjawat awam menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu merangkumi bilangan penjawat awam di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
“Bagi pemindahan pegawai DG12 pula, urusan berkaitan dengan permohonan pertukaran guru akademik biasa (GAB) gred DG9 hingga DG14 adalah dibenarkan di bawah SSPA.
“Namun begitu, pertukaran masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 tahun 2021 Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuatkuasa.
“Pertimbangan kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada tiga prinsip asas iaitu kekosongan perjawatan; keperluan opsyen dan kepentingan perkhidmatan,” katanya.
Opsyen SSPA dibuka selama 40 hari bermula 21 Oktober sehingga 30 November lalu bagi membuat pilihan sama ada memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Pelaksanaan SSPA juga tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada mereka yang memilih opsyen SSPA saja.
Pelarasan gaji baharu bakal diterima pegawai awam bertaraf tetap dan lantikan kontrak (COS) dengan gaji permulaan terendah ditingkatkan kepada RM1,500 sebulan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.