comscore
Tumpuan :
Nasional

96 peratus daripada 3,847 kanak-kanak hilang berjaya ditemui

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Parit di Dewan Rakyat hari ini.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin & Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96 peratus daripada 3,847 kanak-kanak dilaporkan hilang berjaya ditemui dan diselamatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, ia melibatkan kanak- kanak berusia 13 hingga 18 tahun.

Katanya, purata 770 kes dalam setahun direkodkan membabitkan kanak-kanak hilang.

“Untuk rekod, tahun 2020 kes anak-anak hilang adalah 792, tahun 2021 adalah 594, tahun 2022 adalah 902, tahun 2023 adalah 779 dan tahun 2024 setakat September 780.

“Yang paling ramai, umur 13 hingga 15 tahun, 54 peratus manakala umur 16 hingga 18 tahun, 37 peratus.

“Yang paling ramai hilang adalah anak-anak perempuan 74 peratus, memberikan anak lelaki yang hilang 26 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, kehendak untuk mencari kebebasan ketika umur berkenaan menjadi antara punca kehilngan kanak-kanak itu selain daripada pengaruh rakan-rakan.

Selain itu, Saifuddin berkata, mengikuti kekasih dan salah faham dengan keluarga turut menjadi punca berlakunya isu terbabit.

“Mengetahui punca-punca ini memberi peluang kepada pihak PRDM D11, Jabatan Siasatan Jenayah untuk ‘mitigate’ apakah usaha boleh kita buat.

“Usaha ini terbahagi kepada 3, sebelum insiden hilang, setelah dilapor dan selepas,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak Polis dan tidak perlu untuk menunggu 24 jam sekiranya berlaku kes kehilangan kanak-kanak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini