Tumpuan :
Nasional

95% kebakaran hutan belukar di Jalan Salebana Cove – Punggai telah berjaya dipadamkan

KOTA TINGGI: 95% daripada kebakaran di 32 hektar hutan belukar di Jalan Salebana Cove ke Punggai di Pengerang, telah berjaya dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Khairul Sufian berkata, operasi pemadaman yang masuk hari kelima tertumpu kepada baki 5 peratus lagi kawasan hutan belukar berkenaan.

Operasi pemadaman hari ini menggunakan teknik “total overhaul” bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan secara total.

Katanya, operasi pemadaman hari ini menggunakan teknik “total overhaul” bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan secara total.

Ujarnya, hujan kira-kira dua jam sejak jam 6.30 petang semalam, membantu mengelak api daripada terus merebak ke kawasan berdekatan.

Beliau yakin usaha memadam kebakaran keseluruhan 32 hektar dapat disempurnakan menjelang petang ini.

“Hingga jam 11 pagi tadi, 95 peratus daripada 32 hektar yang terbakar telah berjaya dipadamkan, tinggal berbaki lagi 5 peratus atau lebih kurang dua ekar secara bertompok tompok dan sekarang kita akan memadam api secara combat direct attack di daratan dan juga kita menggunakan kaedah water bombing menggunakan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia” katanya dalam satu hantaran video kepada TV3 sebagai mengulas perkembangan terkini kebakaran hutan belukar berkenaan.

Hari ini masuk hari kelima operasi pemadaman kebakaran hutan belukar berkenaan yang disertai pelbagai agensi.

Selain pasukan Bomba, operasi turut disertai lebih 60 anggota termasuk agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam A-P-M.

Kebakaran yang disifatkan terburuk sejak tiga tahun lalu dikesan petang Ahad lalu.

Susulan hujan petang semalam, jarak penglihatan pagi ini semakin baik berbanding hanya dua kilometer semalam.

Loading...
Terkini