comscore
Tumpuan :
Bencana

9 wanita, 3 bayi dan 1 lelaki OKU diselamatkan selepas terperangkap dalam banjir kilat

Foto Ihsan: JBPM Johor

ISKANDAR PUTERI: Sembilan wanita bersama tiga bayi dan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bernasib baik terselamat selepas terperangkap dalam banjir kilat di Kampung Baru Muafakat, dekat sini tengah hari tadi.

Tindakan pantas sepasukan 13 anggota Bomba dan penyelamat Balai Iskandar Puteri dan Pekan Nenas berjaya membawa mereka keluar lalu dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Gelang Patah.

Foto Ihsan: JBPM Johor

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat gerakan operasi (PKO) bomba dan penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan bencana banjir kilat yang melanda kawasan kampung berkenaan kira-kira jam 12.12 tengah hari tadi susulan hujan lebat.

Foto Ihsan: JBPM Johor

Berikutan itu 19 anggota dari balai bomba Iskandar Puteri dan Pekan Nenas dikejarkan ke lokasi bersama 2 buah bot.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Loading...
Terkini