Tumpuan :
Nasional

9 sungai di Kelantan masih lepasi paras bahaya

Foto hiasan

KOTA BAHRU: Sembilan sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya sehingga pagi ini.

Menurut data yang dikeluarkan publicinfobanjir, sungai berkenaan adalah Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Kuala Jambu dan Sungai Melor di Jambatan Melor.

Selain itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Lanas di Air Lanas, Sungai Semerak di Pasir Puteh, Sungai Kelantan di Kusial dan Kusial Baru.

Dua sungai lain melepasi paras amaran iaitu Sungai Pahi di Kampung Pahi dan Sungai Galas di Chegar Lapan.

Setakat 9 ini, hujan di beberapa daerah sudah berhenti selain hujan renyai-renyai di beberapa daerah lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini