comscore
Tumpuan :
Nasional

9 negeri diramal alami hujan lebat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sembilan negeri diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Dalam hantaran di laman Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca itu diramal di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.

Katanya, di Kedah membabitkan kawasan Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangaar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim di Perak.

“Di Terengganu membabitkan dua kawasan iaitu Dungun dan Kemaman; Kelantan (Gua Musang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); selain Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor.

“Di Johor pula cuaca sama diramal di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian manakala Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Papar dan Penampang), Tawau dan Lahat Datu dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya menurut hantaran itu.

METMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Justeru, orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini