Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 86 peratus kawasan pulih setakat 1 petang – Air Selangor

PETALING JAYA: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di stesen pam air mentah Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor telah mencapai 86 peratus setakat 1 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan ia melibatkan lima daerah dengan Kuala Langat hampir pulih sepenuhnya.

 

Daerah Sepang pulih sehingga 95 peratus, Hulu Langat 91 peratus, Petaling 71 peratus manakala Kuala Langat dan Putrajaya pulih sepenuhnya.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Kelmarin, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Loading...
Terkini