Tumpuan :
Nasional

802 ketua isi rumah dapat bantuan banjir 16 Februari ini

Foto Hiasan

KUANTAN: Seramai 802 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini, bakal menerima bantuan RM1,000 setiap keluarga.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan negeri hari ini, bersetuju menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir terbabit selewat-lewatnya 16 Februari ini.

“Bantuan ini adalah peruntukan awal yang disalurkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM1 juta kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang berlaku baru-baru ini, tujuh daerah di Pahang terbabit dengan banjir.

Katanya, daerah berkenaan ialah Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Bera, Kuantan dan Pekan.

“Oleh itu, saya harap mereka yang menerima BWI dapat menggunakan sumbangan ini untuk membeli barang keperluan dan perkakasan bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

Loading...
Terkini