Tumpuan :
Nasional

8 tong disyaki bahan kimia ditemui dalam parit

FOTO: JBPM

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

PETALING JAYA: Sebanyak lapan tong sisa buangan cecair disyaki mengandungi bahan kimia ditemui di dalam parit  di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh pada 24 September lalu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, sampel bahan cecair berkenaan telah diambil bagi meneliti kandungan sebenar.

“Komander operasi melaporkan terdapat 8 tong sisa buangan jenis cecair  berada didalam parit berkedalaman 1 kaki dipercayai bahan kimia.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil sampel dan tindakan akan dibuat setelah mendapat keputusan dari sampel tersebut,” memetik kenyataan itu hari ini.

FOTO: JBPM

Bagaimanapun pihak bomba menerima laporan hari ini berikutan terdapat bau yang mencurigakan di sekitar lokasi kejadian.

Susulan itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba Shah Alam telah digerakkan bagi membuat kerja-kerja pengambilan sampel bahan berkenaan sebelum diserah kepada JAS.

Sebelum ini, JAS telah melakukan pemantauan di kawasan berkenaan sebelum mengesan bau yang mula tercetus hari ini.

Operasi turut melibatkan beberapa agensi lain antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini