comscore
Tumpuan :
Nasional

8 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

Penduduk meredah banjir selepas kediaman mereka di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu ditenggelami banjir. -foto NSTP

KUALA TERENGGANU : Susulan hujan berterusan sejak kelmarin, lapan sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya, sembilan paras amaran dan dua paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, lapan sungai yang melepasi paras bahaya adalah tiga di Hulu Terengganu, dua di Dungun, dua di Kemaman dan satu di Setiu.

Di Hulu Terengganu, sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Berang di Kampung Menerong dengan bacaan 25.45 meter (m); Sungai Peneh di Felda Mengkawang (37.73 m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (21.99 m).

Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja (38.8 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (14.22 m) di daerah Dungun.

Sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, masing-masing mencatatkan bacaan 19.76 m dan 14.15 m, juga melepasi paras bahaya.

Di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap yang mencatatkan bacaan 21.10 m juga direkodkan melepasi bahaya.

Sementara itu, sembilan sungai direkodkan melepasi tahap amaran adalah empat di Setiu; dua di Besut serta masing-masing satu di Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman.

Sungai di parit utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus (3.28 m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman (3.25 m) pula melepasi tahap waspada.

Loading...
Terkini