Tumpuan :
Dunia Seni

8 peserta mara ke pusingan keempat CSOIAM

Oleh: Farah Nabilah Wazer

SHAH ALAM: Dua peserta tidak dapat meneruskan impian dalam pencarian satu dalam sejuta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu ketiga.

Dayangku Iffah dan Hafiz Zainal tersingkir apabila meraih markah terendah selepas dinilai juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, Cakra Khan dan juri jemputan, Ernie Zakrie serta 40 peratus undian penonton.

Penyingkiran itu sekali gus menyaksikan hanya lapan peserta bakal membuat persembahan pada minggu keempat dengan tema Sinergi Muzik.

Sementara itu, peserta dari Sabah, Maryam Grace diumum sebagai peserta Terpaling Fizz selepas memberikan persembahan memukau menerusi lagu Memori Tercipta nyanyian asal Shila Amzah.

“Saya sangat teruja selepas diumumkan sebagai peserta Terpaling Fizz tapi pada masa yang sama saya gementar untuk bergandingan dengan Datuk Ramli Sarip untuk minggu keempat,” katanya.

Mereka yang berjaya mara adalah Zazzleen, Eylia Guntabid, Kai Deva, Alya Mardien, Maryam Grace, Jimi dan Rezza Shah.

Pentas minggu ketiga CSOIAM dibuka dengan persembahan memukau kumpulan R&B terkenal negara, Ruffedge dengan lagu seperti Bila Rindu dan Tipah Tertipu.

Disiarkan secara langsung dari Studio TV3 Glenmarie, juara pertandingan realiti TV ini bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini