KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok di lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.
Dalam kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka di Kelantan, khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Terengganu.
Selain itu, di Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) pula diramalkan mengalami hujan lebat berterusan pada tahap buruk dalam tempoh yang sama.
Hujan berterusan pada tahap waspada dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). — BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.