KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kepada lapan negeri sehingga jam 8 malam ini.
METMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, keadaan cuaca itu diramal melanda seluruh Pulau Pinang, Perak dan Johor manakala beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Katanya di Kedah membabitkan kawasanLangkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; di Pahang (Bera dan Rompin); selain Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.
“Selain itu, Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan manakala Sarawak pula membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu, Selangau dan Mukah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.