AMPANG JAYA: 8 gerai terbakar 80 peratus dalam kebakaran medan selera di Jalan AU 5 Taman Lembah Keramat, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.49 pagi dan seramai 18 pegawai serta anggota bomba ke lokasi kejadian.
Menurutnya, keanggotaan membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dibantu BBP Pandan dan BBP Wangsa Maju.
“Kebakaran membabitkan lapan gerai di medan selera dengan anggaran kemusnahan 80 peratus namun tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.