Oleh: Siti Khadijah Jaafar
PETALING JAYA: Sebanyak lapan daripada 43 empangan utama membabitkan lima negeri di Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berada pada paras amaran. Manakala empat paras sauk Loji Rawatan Air (LRA) pula merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan mengikut paras semasa Empangan Timah Tasoh mencatatkan paras 26.84 meter melebihi paras minimum 26.00 meter; manakala Empangan Pedu dan Empangan Muda masing-masing dengan 89.60 meter serta 91.67 meter.
Empangan Malut pula merekodkan paras semasa 68.08 meter melebihi paras minimum 66.0 meter sementara Empangan Air Hitam pula dengan 228.07 meter berbanding paras minimum 223.55 meter
Bacaan paras semasa di Empangan Teluk Bahang menunjukkan 35.18 meter iaitu melebihi paras minimum 30.30 meter dan Empangan Bukit Merah pula mencatatkan 6.99 meter dengan paras minimum 5.48 meter.
Kenyataan itu juga menyebut Empangan di Sembrong Barat di Johor turut melebihi paras minimum 7.36 meter iaitu 9.36 meter.
Pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas.
SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 – 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: [email protected] serta laman sesawang iaitu https://warroom.span.gov.my.