Tumpuan :
Nasional

8 daerah di Kedah diramal hujan sehingga esok

Kemas kini amaran hujan berterusan (waspada) di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

ALOR SETAR: Lapan daerah di negeri ini diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada sehingga esok.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, amaran itu sudah dikeluarkan membabitkan beberapa daerah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Beliau berkata, ianya berdasarkan kepada analisis model cuaca terkini yang menunjukkan satu sistem cuaca bertekanan rendah berbentuk di Laut China Selatan yang bergerak merentasi sempadan Malaysia-Thailand pada 12 hingga 13 Disember (esok).

“Ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman pada hari ini manakala pada sebelah malam ini pula hujan akan melanda di beberapa tempat.

“Untuk esok, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman manakala sebelah petang pula dijangka berlaku ribut petir di kawasan pedalaman.

“Pada sebelah malam (esok) pula, tiada hujan diramalkan berlaku di negeri ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini