comscore
Tumpuan :
Nasional

75 warga asing diberkas JIM Johor dalam ops khas 3 hari

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 75 warga asing dalam beberapa serbuan di beberapa kawasan ‘hotspot’ di negeri ini dalam operasi khas selama tiga hari, bermula Ahad.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi pertama dilakukan sekitar Pasir Gudang dan Desa Cemerlang bermula jam 12 tengah hari pada Ahad hingga 1.30 tengahari Isnin.

Katanya, sebanyak 28 restoran dan medan selera yang menjadi kawasan ‘hotspot’ warga asing bekerja diserbu.

Ujarnya, seramai 133 warga asing dan warga tempatan diperiksa .

Daripada jumlah itu, seramai 68 warga asing ditahan membabitkan 10 lelaki dan tujuh wanita warga Myanmar, 19 lelaki dan 26 wanita Indonesia, tiga lelaki Bangladesh, dua lelaki India dan seorang lelaki Nepal.

“Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 58 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, 13 notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan JIM bagi membantu siasatan.

Dalam Operasi sekitar Iskandar Puteri pada jam 5.30 petang hari Selasa, seramai 133 warga asing dan tempatan di periksa

Daripada jumlah itu seramai 10 lelaki dan tujuh wanita Myanmar, 19 lelaki dan 26 wanita Indonesia ditahan.

“Turut diberkas tiga lelaki warga Bangladesh, dua lelaki India dan seorang lelaki Nepal masing-masing berumur antara 18 hingga 58 tahun,” katanya.

Menurut Datuk Mohd Rusdi, semua warga asing terbabit melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Mereka juga melakukan kesalahan bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 17(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tidak mematuhi arahan atas pas serta Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini