Tumpuan :
Nasional

73 kesalahan dalam SOSMA diteliti

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.- Foto fail

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan penambahbaikan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu dilakukan selari dengan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.

“Dua minggu lepas, setelah melalui perbincangan yang panjang, Jemaah Menteri bersetuju bahawa KDN perlu meneliti semula, yang pertama adalah SOSMA.

“Ada 73 kesalahan yang mana, hari ini, Seksyen 13 menyatakan jika seseorang ditangkap di bawah SOSMA, mereka tidak boleh diikat jamin sama sekali. Justeru, kita mencadangkan agar (mereka yang ditahan) boleh diikat jamin dengan memulangkan kuasa itu kepada mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar bersama Pengamal Media di sini.

Pihaknya juga terus komited untuk melakukan transformasi terhadap akta berkenaan sambil memastikan hak asasi setiap individu terus dilindungi.

Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Azhari Muhidin, dan Pengurus Besar On Air Presentation (OAP) NCA, Kamaruddin Mape.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini