Tumpuan :
Nasional

7 tan pakaian ‘bundle’ bernilai RM350,000 dirampas

Tujuh tan pakaian terpakai tanpa dokumen sah ditemui dalam lori di Kampung Nibong, Pengkalan Kubor. FOTO: PGA

TUMPAT: Tujuh tan bungkusan pakaian terpakai tanpa dokumen sah bernilai RM350,000 ditemui dalam sebuah lori di Kampung Nibong, Pengkalan Kubor, pagi semalam, selepas ditahan ketika melalui sekat pintas Pos Nibong, jam 11.30 pagi.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lori itu dipandu lelaki berusia 33 tahun dan ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Lori itu ditahan pada Op Taring Wawasan Kelantan oleh anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9),” katanya dałam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini