comscore
Tumpuan :
Nasional

7 rumah rosak, pokok tumbang akibat ribut di Kubang Pasu

FOTO: APM

KUBANG PASU: Angin kencang berserta hujan lebat menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rumah rosak, selain kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan, awal pagi hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata kejadian jam 2.05 pagi itu membabitkan beberapa kawasan termasuk Kampung Kota Si Puteh, Kampung Kandis, Kampung Pida 2, Kampung Malau, Kampung Teluk Malik, Kampung Changkat Setoi, RTC Napoh, kawasan Pida, Guar Napai, Kampung Macang Manis dan Kodiang.

FOTO: APM

Katanya, anggota APM Kubang Pasu turut dihantar ke lokasi kejadian bagi pemantauan dan operasi pemotongan pokok tumbang serta membersih di kawasan berkenaan.

“Kejadian ribut itu berlaku dalam tempoh kira-kira 35 minit hingga menyebabkan beberapa rumah terbabit terjejas dan ditimpa pokok. Selain itu, terdapat juga pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini