comscore
Tumpuan :
Nasional

7 PPS dibuka di Baling

FOTO: APM

BALING: 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, sejak semalam sehingga awal pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak 5 petang semalam menyebabkan air Sungai Ketil di sini, melimpah ke penempatan penduduk.

Beliau berkata, antara mukim yang terjejas akibat banjir itu ialah mukim Siong, Pulai, Bakai, Bongor, Baling dan Teloi Kanan.

“Antara PPS dibuka ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Surau Al-Baraqah Kampung Tembak B, Dewan Banggol Derum, Surau Kampung Lahar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang.

“Mangsa berpindah sejak 7 malam tadi sehingga awal pagi ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, penduduk, Mohd Sofiuddin Abd Muin, 35, dari Kampung Haji Abas berkata, hujan lebat lebih dua jam akan menyebabkan air melimpah dengan cepat ke penempatan penduduk.

“Kami sekeluarga sudah biasa dengan banjir, dalam setahun sampai empat dan lima kali ia berlaku.

“Ini kali kedua dalam masa dua hari rumah saya terjejas akibat banjir,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini