![](https://media.buletintv3.my/2023/08/zQcgfY6V-BULETIN-TV3-16.jpg)
KOTA KINABALU: Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan berhampiran Kampung Bakau, Sandakan awal pagi tadi.
Semua PATI warga Filipina itu dipercayai baru mendarat sebelum ditahan PPM Sandakan menerusi Op Taring Gelora, kira-kira 3:30 pagi.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, semua mereka yang berasal dari Filipina terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 25 hingga 54 tahun.
“Semua mereka dipercayai baru mendarat dan berasal dari Zamboanga, Filipina.
“Semua PATI kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen I959/63.