comscore
Tumpuan :
Nasional

7 lokasi di ibu negara alami banjir kilat

FOTO: DBKL

KUALA LUMPUR: Tujuh lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang.

Berdasarkan laporan Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Kuala Lumpur (KLCCC), lokasi terbabit adalah Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting-Klang dan Jalan Dutamas.

“Turut mengalami banjir kilat adalah Jalan Kepong dan Jalan Kuching,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

FOTO: DBKL

Dalam pada itu, turut tular gambar beberapa kenderaan diparkir berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, ditenggelami air akibat hujan lebat, selain beberapa jalan utama di ibu negara sesak

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pemantauan berterusan dijalankan pihaknya berikutan kejadian banjir kilat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini