Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 7 beranak cemas rumah atas air, roboh

 

BELURAN: Akibat ditiup angin kencang rumah atas air yang didiami tujuh beranak di Kampung Kolapis di sini, roboh.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 petang.

FOTO: NSTP

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.51 petang.

Menurutnya, sejurus itu sepasukan 10 anggota bomba termasuk bomba sukarela dari kampung berkenaan dihantar ke lokasi kejadian.

FOTO: NSTP

“Apabila anggota bomba bertugas tiba, didapati sebuah rumah hampir tenggelam dan terdapat tujuh sekeluarga di dalam rumah tersebut.”Bomba sukarela yang memang berdekatan lokasi itu kemudiannya bergegas menyelamatkan semua mangsa.

“Semua mangsa kemudiannya dibawa ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi menyelamat kemudianya ditamatkan pada jam 6.29 petang.

Loading...
Terkini