Tumpuan :
Nasional

68 mangsa banjir ditempatkan di 2 PPS di Johor

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat kepada 68 orang berbanding 55 orang, pagi tadi.

Mereka ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS sekolah Kebangsaan SK Gembut dan Balai raya Kampung Perpat selepas kampung mereka dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut kenyataan bilik gerakan bencana daerah Kota Tinggi, semua mangsa terdiri dari 17 keluarga dari kampung Gembut dan Perpat.

Semalam satu PPS di dewan orang ramai sg emas, Bandar Penawar yang menempatkan 13 mangsa dari tiga keluarga telah ditutup jam 11 pagi dan selepas banjir kembali surut.

Dalam pada itu Jalan Johor Bahru-Endau berdekatan ladang risda yang dinaiki air hanya dibuka satu lorong.

Manakala jalan Kota Tinggi-Tanjung Sedeli hanya dibuka kepada kenderaan berat.

Selain itu, Paras sungai Muar di Kampung awat, Segamat mencatat paras amaran iaitu 19.43 meter berbanding paras waspada 18.95 meter.

Begitu juga sungai ulu sedili besar turut mencatat paras amaran iaitu 8.51 meter berbanding paras waspada 18 meter.

Hingga kini hanya daerah Kota Tinggi terjejas banjir.

Sejak 23 November lalu, sebanyak 31 PPS yang dibuka di daerah Tangkak, Segamat dan Batu Pahat telah ditutup selepas banjir surut sepenuhnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini