Tumpuan :
Nasional

68 mangsa banjir di Sarawak dipindah ke satu PPS

KUCHING: 68 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sungai Bedaun yang diaktifkan mulai 10.30 malam tadi.

PPS terbabit menjadi yang pertama dibuka di Sarawak selepas hujan lebat bertembung dengan fenomena air pasang yang berlaku malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, kampung berkenaan mula dinaiki air selepas hujan lebat petang semalam, sekaligus menjejaskan 12 kediaman yang dihuni 14 keluarga terbabit.

“Setakat jam 10.00 pagi ini, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS masih kekal 68 orang .

“ Daripada jumlah itu 33 merupakan mangsa lekaki dan 35 mangsa wanita termasuk masing-masing 14 kanak-kanak lelaki dan perempuan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, keadaan banjir di kampung berkenaan sudah mulai surut namum pemantauan masih dilakukan.

Ia berikutan keadaan cuaca hujan yang masih berterusan di sekitar Kuching namun tidak lebat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini