comscore
Tumpuan :
Nasional

670 mangsa banjir masih berlindung di PPS 3 negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Setakat jam 9.30 pagi tadi, seramai 670 mangsa banjir masih berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Perak, 409 mangsa daripada 118 keluarga ditempatkan di enam PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Di Selangor, 152 mangsa daripada 57 keluarga berlindung di empat PPS di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor, manakala di Kedah, seramai 109 mangsa daripada 30 keluarga berada di satu PPS di Bandar Baharu.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan lima sungai mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya, membabitkan stesen Muput, Bintulu; Marudi, Miri dan Sungai Dausan, Mukah di Sarawak serta Sungai Klang di Bandar Klang dan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam di Selangor. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini