comscore
Tumpuan :
Nasional

61,274 pengundi DUN Mahkota pilih wakil rakyat hari ini

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KLUANG: 61,274 pengundi DUN Mahkota pilih wakil rakyat baharu hari ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memperlihatkan pertembungan antara Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Tepat jam 8 pagi tadi, 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran dibuka untuk proses pengundian.

Syed Hussien akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Seri Perdana, manakala lawannya, Mohamad Haizan, di Sekolah Kebangsaan SK Kampung Melayu, di sini.

Secara keseluruhannya, terdapat 66,318 pengundi bagi DUN Mahkota dengan majoritinya pengundi Melayu iaitu 56 peratus disusuli pengundi Cina 34 peratus , pengundi India 8 peratus dan bakinya lain-lain.

Pada jam 6 petang nanti proses pengundian akan tamat seterusnya pusat pengundian akan ditutup serentak.

Undi awal bagi PRK itu berlangsung pada Selasa lalu membabitkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, serta polis di tiga pusat mengundi awal, selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengeluarkan 607 undi pos pada 15 September lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini