Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 60 syarikat gergasi, multinasional diminta tampung pembiayaan TVET

Foto hiasan

Oleh Zulfakhri Shamusl Ariffin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 syarikat gergasi termasuk multinasional diminta untuk menampung pembiayaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah bagi memberikan peluang syarikat terbabit membantu secara langsung kepada rakyat menerusi pengambilalihan, penyelenggaraan dan latihan menggunakan kos syarikat.

“Setakat ini, ada senarai 60 syarikat-syarikat gergasi termasuk multinasional yang diminta menampung pembiayaan TVET.

“Jadi dia (syarikat terbabit) ambil alih sebahagian dan membantu menyelenggara dan melatih dengan (menggunakan) kos syarikat,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat pagi tadi.

Tambahnya, Kumpulan Syarikat Albukhary contohnya telah menawarkan pengambilalihan institusi TVET di Pekan Pahang dan Tanjung Malim, Perak.

Perdana Menteri menjelaskan TVET dapat melatih anak muda terutama bumiputera meningkatkan kemahiran untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik.

“TVET itu melatih anak-anak muda kita majoriti Melayu bumiputera untuk meningkatkan kemahiran, mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan upah atau gaji yang lebih tinggi,” katanya.

Loading...
Terkini