Tumpuan :
Nasional

60 pengunjung terkandas di Kolam Puteri Gunung Ledang diselamatkan bomba

TANGKAK: Tindakan pantas anggota bomba menyelamatkan 60 pengunjung yang terkandas di Kolam Puteri, Gunung Ledang dekat sini selepas aliran air deras turun dari puncak susulan hujan lebat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat daerah Tangkak, Penguasa Bomba Kanan dua, Azli Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.51 tengah hari.

Katanya, sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan.

“Seramai 60 orang awam terkandas dan semua mangsa telah dibawa menyeberang sungai menggunakan ‘rescue rope’,” katanya.

Katanya semua mangsa dibawa turun dengan selamat dan operasi ditamatkan kira-kira jam 3.18 petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini