comscore
Tumpuan :
Nasional

60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan gara-gara ayam masak merah

IPOH: Keracunan makanan yang dialami  60 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik, di Gerik sejak Isnin lalu disyaki berpunca daripada ayam masak merah yang sudah berbau.
​​​​​​​
Mereka mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah, dan sakit kepala sebelum dirawat sebagai pesakit luar oleh pasukan perubatan.

Sivanesan pada sidang media berkaitan kes keracunan makanan di MRSM Gerik. -FOTO: L Manimaran

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A Sivanesan berkata, kejadian keracunan makanan itu dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak oleh warden, 11.30 pagi Isnin lalu sebelum notifikasi diterima oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Negeri Perak, 11.38 pagi semalam.

Sivanesan berkata, verifikasi dan siasatan awal yang dibuat oleh PKD Hulu Perak mendapati 60 pelajar Tingkatan satu hingga Tingkatan lima bergejala.

Menurutnya, siasatan mendapati menu ayam masak merah yang dimakan semasa waktu berbuka puasa, Ahad lalu disyaki penyebab kepada insiden keracunan terbabit.

“Temubual dengan pelajar mendapati masakan ayam itu sudah berbau semasa dimakan, justeru disyaki bahawa ayam mentah sudah rosak sebelum dimasak memandangkan baunya tidak menyenangkan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bilik Mssyuarat G1 Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Menurutnya, 10 sampel klinikal sudah diambil dari dapur dewan makan asrama terbabit bagi dianalisa, selain arahan penutupan selama tiga hari dikeluarkan terhadap pengurusan dewan makan berkenaan mengikut Akta Makanan 1983 bagi tujuan pembersihan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini