comscore
Tumpuan :
Nasional

6 termasuk artis wanita antara ditahan di Golok berkait kes dadah

FOTO: Ihsan Polis Thailand

KOTA BHARU: Enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi semalam selepas disyaki memiliki dadah jenis pil kuda.

Semua mereka termasuk tiga wanita yang berasal dari Kelantan dan berusia 25 hingga 32 tahun itu ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik.

Sumber memaklumkan ketika ditahan, polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda.

Dua daripada mereka difahamkan masuk ke negara jiran itu menggunakan pengkalan haram manakala bakinya menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Mereka dikatakan ke hotel berkenaan untuk berhibur sempena cuti Deepavali.

Sumber memaklumkan ketika serbuan, mereka baru masuk ke bilik selepas berhibur.

“Dua lagi yang identiti mereka tidak dikenali dan turut berada dalam bilik berkenaan, berjaya melepaskan diri.

“Wanita yang ditahan itu adalah artis tempatan Kelantan,” katanya sambil mengesahkan semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk direman.

Selain itu, turut difahamkan polis Kelantan sudah dimaklumkan berhubung penahanan berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan pengesahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat sedang dilakukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini