comscore
Tumpuan :
Nasional

6 sekeluarga rakyat Malaysia dibawa keluar dari Lubnan selamat tiba di tanah air

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan enam orang daripada satu keluarga rakyat Malaysia dari Lubnan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Dalam kemas kini terbaharu mengenai pemindahan rakyat Malaysia itu, Kementerian Luar berkata, kepulangan mereka menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dibawa keluar dari Lubnan dalam tempoh dua hari lalu seramai 17 orang.

“Walaupun keadaan semakin mencabar di Lubnan, Wisma Putra menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berjaya mengaturkan penerbangan bagi semua baki rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan untuk pulang ke Malaysia.

“Mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada esok dan lusa,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini