comscore
Tumpuan :
Nasional

6 sekatan jalan raya sekitar Istana Negara

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur melaksanakan 6 sekatan jalan raya di seluruh kawasan berhampiran Istana Negara terutama di kawasan Pintu 2.

Seramai 632 pegawai dan anggota membabitkan penugasan dari Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) turut ditempatkan mengawasi kawasan sekitar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim yang dipetik Berita Harian memaklumkan, pengawasan di kawasan sekitar Istana Negara termasuk setiap laluan pintu masuk bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

“Ia juga bagi memastikan urusan rasmi Istana Negara memanggil setiap pemimpin parti politik dan pegawai tertinggi kerajaan lancar tanpa gangguan,” katanya.

Beliau turut meminta masyarakat sentiasa memberi kerjasama kepada pegawai dan anggota polis yang melaksanakan penugasan.

Berdasarkan pemantauan di lokasi Pintu 2 Istana Negara, kawalan keselamatan dilaksanakan di semua laluan masuk.

Pasukan Tempur Ringan (LSF) turut ditempatkan bagi mengawasi kejadian tidak diingini.

Loading...
Terkini