comscore
Tumpuan :
Nasional

6 kematian akibat rabies di Sarawak tahun ini

Foto hiasan

LANGKAWI: Wabak rabies atau penyakit anjing gila masih mencetuskan kebimbangan di negara ini apabila enam kematian akibat penyakit itu direkodkan di Sarawak, pada tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Akma Ngah Hamid berkata, sehubungan itu, mereka yang memelihara anjing harus memastikan anjing peliharaan mendapat suntikan anti-rabies.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Akma Ngah Hamid ditemui di Majlis Perasmian Hari Kebajikan Haiwan & ‘World Rabies Day’ Peringkat Negeri Kedah di Pusat Beli Belah Langkawi Fair di sini, hari ini. FOTO: NSTP

“Penyakit rabies disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan masih berlaku di Sarawak dan pada tahun ini sahaja, ia mencatatkan enam kematian membabitkan manusia.

“Malah, bermula kes pertama rabies dilaporkan di Sarawak pada Julai 2017 hingga hari ini, sebanyak 81 kes jangkitan dalam kalangan manusia dengan 74 kematian direkodkan di negeri itu,” katanya dalam ucapan aluan pada Majlis Perasmian Hari Kebajikan Haiwan & ‘World Rabies Day’ Peringkat Negeri Kedah di Pusat Beli Belah Langkawi Fair di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri, Dzowahir Ab Ghani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini